[OBJEKTIF]
Bagi
melahirkan golongan remaja yang bermaklumat, berketerampilan dari segi
ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta
prihatin dan bertanggung jawab dalam menghadapi masalah sosial yang
melanda serta berusaha menanam sikap-sikap positif di kalangan remaja
yang mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS.
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja tentang bahaya jangkitan
HIV, cara mencegah dan kawalannya. Menanamkan sikap positif dikalangan
remaja bagi menghindari tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh membawa
kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gejala sosial yang melanda
remaja masa kini.
Menggalakkan
remaja mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-nilai murni seta
berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalan cara hidup sihat
dan bermoral.
Membentuk segolongan fasilitator berwibawa di kalangan remaja bagi menggerak
dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang
ancaman AIDS.
[SEJARAH]
Ketiadaan
ubat/vaksin untuk mencegah atau menghapuskan AIDS menyebabkan penyakit
ini terlalu sukar dikawal. Di Malaysia, keadaan ini sudah mencapai tahap
yang membimbangkan kerana kes-kes HIV/AIDS telah meningkat dari masa
kesemasa dengan drastik.
Statistik
yang dilaporkan ke Kementerian Kesihatan menunjukkan 50 % kes terdiri
dari golongan remaja dan belia berumur bawah 29 tahun. Masalah ini dikenalpasti
berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu dimana 76%
terdiri dari penagih dadah dan 5% melalui hubungan sex. Gejala sosial
dan keruntuhan moral di kalangan remaja boleh menyebabkan masalah HIV/AIDS
menjadi semakin serius. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja
pada Februari 1994 mendapati 18% dari 6110 responden remaja kedua-dua
jantina diseluruh Malaysia di bandar dan luar bandar mempunyai pengalaman
seks bebas (75.1% berumur 16 hingga 21 tahun).
Masalah
penyalahgunaan dadah oleh golongan remaja telah lama berlaku di Malaysia.
Jumlah yang terlibat meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya pada 1990,
seramai 7372 kes penagih baru telah menigkat kepada 13,140 kes baru
pada tahun 1995. Perkembangan negatif ini jika tidak ditangani segera,
pastinya akan memburukkan lagi masalah HIV/AIDS. Memandangkan potensi
yang tinggi untuk perebakan HIV dikalangan remaja di Malaysia, maka
langkah segera yang khusus untuk golongan remaja harus dijalankan. Antara
langkah yang ketara menangani masalah HIV/AIDS dikalangan remaja oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dengan mewujudkan program PROSTAR
(Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja)